Skip to main content

Bola Sepak

Busquets kembali sertai latihan Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sergiobusquets-cropped_1wtxfkneqxohr1g6viv7nflfj0.jpg
Sergio Busquets mungkin boleh bersama Barcelona untuk menentang Roma dalam suku akhir Liga Juara-Juara di Camp Nou, Khamis ini, selepas kembali menyertai sesi latihan.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu mendapat kecederaan pada separuh masa kedua dalam kemenangan 3-0 Barca ke atas Chelsea pada 15 Mac lalu, dengan ujian lanjut mengesahkan dia mengalami keretakan pada jari kelima kaki kirinya.

Kecederaan tersebut juga memaksa pemain berusia 29 tahun itu berehat ketika negaranya menentang Jerman dan Argentina pada bulan lalu.

Bagaimanapun, dia kembali ke sesi latihan hari ini apabila skuad Ernesto Valverde itu bersiap sedia menerima kunjungan Roma di Camp Nou.

Busquets telah bermain dalam semua lapan perlawanan Liga Juara-Juara untuk Barca setakat musim ini.

Advertisement

Must Watch Video