Penjaga gol Borussia Dortmund, Roman Burki, menyifatkan perlawanan menentang Paris Saint-Germain (PSG) di stadium tertutup sama seperti sesi latihan.
Perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di antara dua pasukan itu akan berlangsung secara tertutup di Parc Des Princes awal pagi esok berikutan penularan wabak Covid-19.
Burki, yang pasukannya memenangi perlawanan pertama 2-1, berkata dia menjangkakan perlawanan itu akan menjadi seperti sesi latihan akhir Dortmund.
"Saya tidak pernah melalui pengalaman seperti ini," katanya kepada BVB-TV.
"Saya tidak tahu apa yang boleh dijangkakan mengenai perlawanan ini, saya fikir ia akan menjadi seperti sesi latihan kami hari ini, cuma terdapat pasukan lain di atas padang yang turut mahukan kemenangan.
"Kami perlu sentiasa fokus, malangnya tanpa penyokong.
"Tetapi kami yakin mereka akan menyokong kami dari rumah.
"Kami akan mencuba untuk melakukan yang terbaik dan membenarkan penyokong kami untuk meraikannya," katanya.
Ketua jurulatih Dortmund, Lucien Favre, turut membayangkan suasana yang janggal dalam perlawanan kedua itu.
"Saya pernah melaluinya lebih kurang 20 tahun lalu ketika bersama Servette dan saya boleh katakan yang ia tidaklah sebaik yang disangka.
"Kami sudah terbiasa bermain di depan penyokong sama ada di laman sendiri atau di laman lawan tidak kira di mana-mana peringkat.
"Kebiasaannya terdapat banyak emposi di Stadium Paris tetapi bermain tanpa penyokong pasti berbeza," katanya.
Bintang PSG, Kylian Mbappe, masih belum pasti dapat diturunkan dalam perlawanan itu kerana dilaporkan tidak sihat manakala Dortmund akan berjuang tanpa kelibat Marco Reus yang masih cedera.

Iron Sharpens Iron ⚙️ pic.twitter.com/ujFwhxj4Hc
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) March 10, 2020