Bunuh wanita demi lihat Harimau Malaya beraksi di Phnom Penh
Saufi Tahir
Disember 18, 2024 15:34 MYT
Disember 18, 2024 15:34 MYT
Seorang individu ditahan pihak berkuasa selepas terpalit tuduhan membunuh seorang wanita yang dijumpai reput di Tabuan Jaya, Sarawak, minggu lalu.
Suspek berusia 23 tahun itu dipercayai memerlukan wang perbelanjaan untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaya berdepan Kemboja dalam saingan peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, di Phnom Penh, 8 Disember lalu.
Carta Kedudukan Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 * Selepas Hari Perlawanan 4 pada Selasa, 17 Disember 2024 KEMBOJA ?? 2-1 ?? TIMOR-LESTE SINGAPURA ?? 2-4 ?? THAILAND#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/j17oxXT42I
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Suspek mengambil barang kemas termasuk gelang tangan dan anting-anting milik mangsa untuk digadaikan untuk tujuan perbelanjaan seperti yang dilaporkan sebuah media tempatan.
Untuk rekod, perlawanan itu menyaksikan skuad negara sekadar membawa pulang satu mata selepas terikat 2-2 dengan gol Malaysia hadir menerusi Stuart Wilkin dan Fergus Tierney.