Skip to main content

Bola Sepak

Bunuh diri atau kemalangan? Bintang liga China meninggal dunia terjatuh dari tingkat 11

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gabon.jpg
Penyerang kebangsaan Gabon, Aaron Boupendza, mengejutkan pelbagai pihak selepas meninggal dunia disebabkan kemalangan tragis yang berlaku di kediamannya, semalam.

Tonggak Zheijiang itu didapati terjatuh dari balkoni apartmennya, namun masih menjadi tanda tanya mengenai insiden tersebut.

Menurut kenyataan kelab China itu, pihaknya bersedia bekerjasama dengan badan bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan dan punca kepada kematian tersebut.

 

"Kami berasa sangat sedih untuk mengumumkan bahawa pemain import kami, Aaron Boupendza, telah meninggal dunia secara tragis di kediamannya.

"Kami semua di Zhejiang mengucapkan takziah kepada keluarganya," katanya.

Penyerang itu beraksi untuk negaranya dalam Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) 2021 di Cameroon dan memiliki 35 penampilan bersama Panthers.

Advertisement

Must Watch Video