Skip to main content

Bola Sepak

Bundesliga: Vincent Kompany bawa pemain Bayern Munich rai kemenangan di festival

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kpmpamny.jpg
Pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany, meneruskan langkah kanan dalam saingan Bundesliga selepas menumpaskan Werder Bremen 5-0 dan akan meraikan kemenangan itu dengan hadir ke acara tahunan di Jerman, Festival Oktober.

Bayern kini menduduki puncak liga dengan 12 mata selepas melakar empat kemenangan dalam empat perlawanan.





Ketika ditanya sama ada akan membawa pasukannya ke Festival Oktober minggu ini, dia menjawab: "Kami perlu menghormati setiap perlawanan dan memenangi perlawanan hari ini sangat penting.

"Para pemain, semestinya! Mereka dibenarkan untuk bergembira dan berpuas hati dengan kemenangan ini dengan esok merupakan hari tradisi. Kami juga perlu menghormati tradisi.





"Kami akan ke Festival Oktober dan kami juga perlu berseronok dan kemudian pada hari isnin, semuanya adalah mengenai persiapan menjelang aksi berdepan Bayern Leverkusen." katanya.

Advertisement

Must Watch Video