Skip to main content

Bola Sepak

Bundesliga: Tuchel mulakan era di Bayern dengan atasi Dotmund dalam Klassiker

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thomas-muller.jpg
BAYERN MUNICH 4 BORUSSIA DORTMUND 2

Thomas Tuchel memulakan eranya bersama Bayern Munich dengan kemenangan 4-2 ke atas seteru tradisi, Borussia Dortmund, dalam perlawanan Bundesliga di Arena Allianz awal pagi tadi.

Tuchel mula menggantikan Julian Nagelsmann dalam waktu rehat antarabangsa lalu dan perlawanan pertamanya menyaksikan dia ditugaskan untuk membawa Bayern memintas bekas kelabnya, Dortmund, di kedudukan teratas Bundesliga.

Dan tugasan itu dimulakan Tuchel dengan cukup cemerlang apabila Gregor Kobel terjaring bola ke gawang sendiri sebelum Thomas Muller meledakkan dua gol untuk Bayern mendahului 3-0 dalam tempoh 23 minit pertama.

Kingsley Coman kemudian melebarkan kelebihan itu kepada 4-0 selepas lima minit babak kedua bersambung.

Walaupun Dortmund berhasil merapatkan jurang menerusi jaringan penalti Emre Can pada minit ke-72 dan gol Donyell Malen pada minit ke-90, ia masih tidak mampu untuk menghalang mereka daripada berdepan kekalahan pertama dalam saingan liga sejak November lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video