BUNDESLIGA
Bundesliga: Penyebaran kebencian punca Werder Bremen henti guna X
Kelab Bundesliga, Werder Bremen, mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menggunakan media sosial khususnya X yang berkuat kuasa serta-merta.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pelbagai bentuk penyebaran kepada kebencian serta konspirasi yang berbaur kecaman semakin merebak di bawah kuasa hak bersuara orang ramai.
Aplikasi yang dahulunya dipanggil Twitter itu turut menjadi platform kepada senjata politik seperti yang digunakan oleh pemiliknya, Elon Musk, di samping tiada pemantauan daripada pihak berkaitan merupakan sebab-sebab lain Werder Bremen menghentikan operasi di X.
Iklan
? OFFICIAL: Werder Bremen has announced they are leaving X. ???(Source: @werderbremen ) pic.twitter.com/73ykIoK8kb— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 18, 2024
Sehubungan itu, Green Whites mengambil pendirian tegas terhadap segala bentuk diskriminasi dan sedia meraikan kepelbagaian dalam masyarakat.
Must-Watch Video