Skip to main content

Bola Sepak

Bundesliga: Mathys Tel pacu kebangkitan Bayern Munich atasi Borussia Monchengladbach

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mathys-tel.jpg
BORUSSIA MONCENGLADBACH 1 BAYERN MUNICH 2

Mathys Tel lebih mencuri tumpuan berbanding Harry Kane apabila masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol kemenangan Bayern Munich ke atas Borussia Monchengladbach dalam perlawanan Bundesliga di Borussia Park awal pagi tadi.

Bekas penyerang Tottenham, Kane, gagal menemui sasaran buat kali pertama daripada tiga perlawanan sebagai kesebelasan utama kelab barunya itu pada ketika Bayern perlu bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum mencatatkan kemenangan 2-1.

Ko Itakura menanduk masuk gol pembukaan tuan rumah dalam babak pertama tetapi selepas Leroy Sane menjaringkan gol penyamaan dalam babak kedua, Tel kemudian muncul wira pasukan juara bertahan berkenaan hasil jaringan pada minit ke-87.

Keputusan itu menyaksikan Bayern mengekalkan rekod kemenangan bersih sepanjang tiga perlawanan awal musim ini walaupun penjaga gol Monchengladbach, Moritz Nicolas, beraksi tangkas sepanjang aksi.
 

Advertisement

Must Watch Video