Penjaga gawang Bayern Munich, Manuel Neuer, menandatangani persetujuan untuk terus kekal bersama kelabnya itu untuk satu tahun lagi sehingga 2026.
Perjanjian semasanya dijangkakan tamat pada penghujung musim ini, tetapi dia kini akan terus bersama kelab Bavaria hingga itu sehingga penghujung musim 2025/26 sekali gus mengekalkannya bersama Bayern untuk musim ke-15.
Pemain berusia 28 tahun itu menyertai kelab gergasi Jerman itu pada 2011 dari Schalke dan telah membuat 547 penampilan dalam semua kejohanan- pemain ketujuh paling banyak beraksi dalam sejarah- bersama kelab itu.
Pemain kebangsaan Jerman itu juga telah mencatatkan rekod 168 aksi tanpa bolos dalam saingan Bundesliga.
Selain menjadi kapten Bayern sejak 2017, dan telah dua kali memenangi gelaran treble -Bundesliga, CFB-Pokal, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada 2013 dan 2020.
Secara keseluruhannya, dia telah memenangi 11 gelaran Bundesliga, lima DFB-Pokal dan enam DFL-Supercups, serta Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia FIFA sebanyak dua kali.
"Saya menikmati permainan bola sepak saya dan mahu terus kekal sebagai pemain Bayern, saya memandang kehadapan untuk tahun mendatang bersama kelab istimewa ini." katanya.

?? ????? ??? ????????... ?#FCBayern #MiaSanMia pic.twitter.com/MBH2DvKNdo
— FC Bayern München (@FCBayern) February 3, 2025
Pemain kebangsaan Jerman itu juga telah mencatatkan rekod 168 aksi tanpa bolos dalam saingan Bundesliga.
Selain menjadi kapten Bayern sejak 2017, dan telah dua kali memenangi gelaran treble -Bundesliga, CFB-Pokal, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada 2013 dan 2020.
?️ Max Eberl: "Manuel Neuer ist der beste Torwart seiner Generation und schon jetzt eine Ikone des FC Bayern. Wenn man über das Torwartspiel unserer Zeit spricht, spricht man über Manuel Neuer, und das weltweit."#FCBayern #MiaSanMia pic.twitter.com/m5kGgBlgi1