MAINZ 2 BAYERN 1
Pengurus Bayern Munich, Vincent Kompany, menyampaikan satu mesej yang jelas buat pemainnya berikutan kekalahan mengejut 1-2 di Mainz yang merupakan kekalahan Bundesliga pertama mereka musim ini.
Lee Jae-Sung menjaringkan gol berganda dalam setiap babak dan walaupun Leroy Sane mengurangkan defisit jaringan itu pada lewat permainan, anak buah Bo Henriksen mampu bertahan untuk kemenangan sensasi tersebut.
Mainz kini menang empat daripada lima perlawanan terakhir Bundesliga di tempat sendiri ke atas Bayern. Sejak permulaan kempen 2020-21, tiada kelab lain yang menang lebih banyak ke atas gergasi Jerman itu.
Ia juga merupakan kekalahan pertama liga di bawah kendalian Kompany di Stadium Allianz setelah hanya tewas dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan DFB-Pokal dalam musim sulungnya bimbingannya.
Dan Bayern bergelut di Arena Mewa awal pagi tadi walaupun menjadi satu-satunya pasukan yang menjaringkan gol dalam kesemua 14 perlawanan Bundesliga setakat musim ini.
Di sebalik rasa kecewa melihat rentak kemenangan mereka berakhir, Kompany menegaskan bahawa tidak ada masa untuk memikirkan kekalahan itu menjelang kunjungan RB Leipzig dalam perlawanan terakhir mereka pada tahun ini. .
"Kami bermain menentang pasukan yang mempunyai banyak berjuang tinggi dan bersemangat, setiap saat mereka bersedia untuk berjuang," katanya selepas perlawanan.
"Daripada pihak kami, tidak ada kekurangan daya saing. Kami melakukan itu berdasarkan kemampuan kami cuma hari ini kami tidak berada di tahap terbaik kami.
"Perlawanan ini sudah berlalu. Kami akan menggunakannya untuk menyemarakkan semangat kebangkitan pada minggu depan. Itulah satu-satunya cara untuk memjawab kekalahan ini.
"Kami tidak mampu menang di Mainz pada tahun ini tetapi pada masa hadapan, kami menantikannya."

GET IN THERE!!!!!!!!!!!!!
— Mainz 05 English (@Mainz05en) December 14, 2024
YOU LOVE TO SEE IT!!! ?#Mainz05 #M05FCB pic.twitter.com/iLQzm3Yp1z