Harry Kane menjaringkan dua gol untuk Bayern Munich memadam episod duka tewas mengejut 1-5 kepada Eintracht Frankfurt hujung minggu lalu dengan kemenangan 3-0 ke atas pasukan di tangga keempat, Stuttgart, di Arena Allianz awal pagi tadi.
Kane membuka jaringan hanya dua minit selepas sepak mula dan menggandakan jaringannya pada awal separuh masa kedua sebelum Kim Min-Jae menyempurnakan satu lagi jaringan.
Bagaimanapun, Bayer Leverkusen kekal mendahului empat mata di tangga teratas Bundesliga susulan kejayaan mengatasi Frankfurt 3-0 di BayArena hasil jaringan daripada Victor Boniface, Jeremie Frimpong dan Florian Wirtz.
Freiburg pula meraih kemenangan 2-0 ke atas Koln, yang jelas bergelut untuk memberikan saingan selepas Julian Chabot dilayangkan dua kad kuning pada pertengahan separuh masa kedua.
Syen Yeoh
Mon Dec 18 2023