BUNDESLIGA
Bundesliga: Hernandez kembali jalani latihan bersama Bayern selepas koyak ACL
Lucas Hernandez kembali menyertai sesi latihan bersama Bayern Munich buat kali pertama semalam selepas mengalami koyak anterior cruciate ligament (ACL) sewaktu Piala Dunia Qatar hujung tahun lalu.
Pertahanan serba boleh itu mengalami kecederaan berkenaan sewaktu perlawanan pertama Perancis menentang Australia dalam kempen di Qatar itu.
Dia dilihat terbaring dan memegang lutut kanannya selepas bertembung dengan Matthew Leckie sewaktu pembinaan gol pembukaan Socceroos.
Iklan
Perancis kemudian mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan ACL, sekali gus menerbitkan kebimbangan bahawa musimnya -- bukan sekadar Piala Dunia -- akan tamat lebih awal.
Bagaimanapun, perkembangan terbaru menunjukkan bahawa dia mungkin dapat kembali memperkuatkan pasukannya menjelang penghujung musim ini selepas kelab itu mengesahkan bahawa dia sudah mula menjalani latihan.
Akan tetapi, Hernandez kelihatan tidak akan terlibat dengan perlawanan menentang Manchester City dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi Rabu ini dan perlawanan timbal balik berselang lapan hari.
Dia berkemungkinan dapat diturunkan Thomas Tuchel pada minggu terakhir saingan Bundesliga.
Pasukan juara bertahan itu kini sedang menduduki tangga teratas Bundesliga berbaki tujuh perlawanan tetapi hanya berkelebihan dua mata di atas pencabar terdekat, Borussia Dortmund.
⚽ @LucasHernandez is training with the ball for the first time since his cruciate ligament injury! ?#MiaSanMia— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) April 10, 2023
Must-Watch Video