Skip to main content

Bola Sepak

Bundesliga: Hanya satu mata memisahkan kedudukan Leverkusen, Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leverkusen.jpg
Kemenangan 3-2 Bayern Leverkusen ke atas Borussia Dortmund terus merapatkan jurang antara mereka dan pendahulu liga, Bayern Munich.

Dua jaringan daripada tonggak utama Leverkusen, Patrik Schick, membantu skuad kendalian Xabi Alonso meraih tiga mata penuh di tempat lawan. 

Ini menjadikan mereka berjaya mengecap kemenangan ke 10 daripada 16 perlawanan dimainkan.

Dortmund pula harus akur menerima kekalahan pertama musim ini di stadium keramat mereka sendiri, manakala Leverkusen mencatat kemenangan keenam berturut-turut mereka pagi tadi.

Bayern Munich masih mampu menjarakkan kedudukan mereka kerana mempunyai satu aksi yang belum dilangsungkan. 

Xabi Alonso pula ingin membuktikan kemampuannya sebagai jurulatih untuk pertahankan kejuaraan Bundesliga musim lalu.

Advertisement

Must Watch Video