Dua gol Serhou Guirassy mencetus inspirasi kebangkitan Borussia Dortmund menewaskan Bochum 4-2 di Westfalenstadion semalma.

Dortmund ketinggalan pada minit ke-16 apabila Matus Bero meledak gol melepasi gawang yang dikawal Gregor Kobel.

Penyokong tersentak lima minit kemudian apabila Dani de Wit mengambil kesempatan di sebalik kesilapan Kobel untuk membenarkan Bochum menggandakan kelebihan.

Cubaan Dortmund mengejar permainan dikekang beberapa aksi cemerlang penjaga gol pelawat, Patrick Drewes, hanya untuk Guirassy memberikan pelawat talian hayat seminit sebelum separuh masa dengan tandukkan yang cukup cemerlang.

Skuad kendalian Nuri Sahin menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi sepakan penalti Emre Can berikutan Felix Passlack mengasari Guirassy.

Guirassy kemudian membantu pasukannya mendahului menyempurnakan hantaran Karim Adeyemi.

Gol keempat dijaringkan pemain gantian, Felix Nmecha, pemain tengah itu bijak mencari ruang untuk mengatasi Drewes.