Skip to main content

Bola Sepak

Bundesliga: Gnabry jaring hatrik ketika Bayern Munich belasah Werder Bremen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bayern-munich-celebrate-v-werder-bremen.jpg
BAYERN MUNICH 6 WERDER BREMEN 1

Serge Gnabry menjaringkan hatrik untuk Bayern Munich berkelebihan empat mata di puncak Bundesliga selepas menewaskan Werder Bremen 6-1 di Arena Allianz awal pagi tadi.

Jamal Musiala, Leon Gretzka dan Mathys Tel turut memahat nama selaku penjaring buat pasukan asuhan Julian Nagelsmann itu, yang kini menyamai rekod terbaik kelab mereka dengan menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol dalam empat perlawanan liga berturut-turut di laman sendiri.

Bagaimanapun, ia bukanlah tuah menyeluruh buat Bayern, di mana Sadio Mane terpaksa dikeluarkan pada minit ke-20 kerana kecederaan -- kurang dua minggu sebelum saingan Piala Dunia Qatar membuka tirai -- dan sepakan penalti Eric Maxim Choupo-Moting tiga minit sebelum itu diselamatkan.

Keputusan itu juga menyaksikan Werder kini tewas kesemua 30 perlawanan terakhir menentang Bayern.

 

Advertisement

Must Watch Video