BUNDESLIGA
Bundesliga: Dua gol bersejarah Kane pacu kemenangan tipis Bayern Munich
BAYERN MUNICH 4 HOLSTEIN KIEL 3
Harry Kane menandakan penampilannya yang ke-50 dalam Bundesliga dengan dua jaringan yang membantu Bayern Munich menewaskan Holstein Kiel 4-3 di Arena Allianz lewat malam tadi.
Kane menjaringkan golnya yang ke-54 dan 55 dalam liga divisyen utama itu, di mana tiada pemain lain dapat mencapai jumlah itu dalam 50 penampilan pertama sepanjang sejarah Bundesliga.
Iklan
Bayern membuka jaringan pada minit ke-19 apabila Jamal Musiala menolak masuk lintangan ke belakang Michael Olise.
Tuan rumah ke bilik persalinan dengan kelebihan dua gol apabila lintangan Kingsley Coman melepasi Timon Weiner untuk ditanduk masuk Kane dalam waktu kecederaan.
Hanya 44 saat selepas perlawanan bersambung, Kane memperoleh jaringan kedua peribadinya, sekali lagi menerusi tandukan yang tepat menuju ke jaring lawan.
Bayern diambang kemenangan lebih awal apabila Serge Gnabry, yang masuk menggantikan Olise, melakukan penyudah cantik untuk memberikan kelebihan empat gol.
Bagaimanapun, Jolstein Kiel mencetuskan kebimbangan penyokong pelawat dengan menjaringkan tiga gol, dua daripadanya dalam waktu kecederaan.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan bimbingan Vincent Kompany berkenaan melebarkan penguasaan dengan kelebihan sembilan mata di tangga teratas Bundesliga.
Must-Watch Video