Cemerlang dalam aksi pembukaan UCL dengan membenam Feyenoord sebelum ini, Leverkusen terpaksa akur selepas mengalami permulaan ngeri ketika bolos dengan gol sendiri menerusi Nordi Mukiele seawal minit kelima.
Tetapi sembilan minit kemudian, Florian Wirtz, menebus kembali kesilapan Mukiele dengan meledak gol penyamaan sebelum Jonathan Tah yang tidak dikawal rapi menggandakan jaringan untuk meletakkan Leverkusen di hadapan 2-1.
"I bet admin still called me Senior Man when I scored today." ???#B04WOB | @boniface_jrn pic.twitter.com/WC0FhPqV4N
— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) September 22, 2024
Namun kedudukan pendahulu itu tidak kekal lama apabila pasukan pelawat mengikat kedudukan menerusi tandukan Sebastiaan Bornauw sebelum Mattias Svanberg memastikan Wolfsburg selesa dengan gol ketiga sebelum masuk ke bilik persalinan.
Babak kedua lebih menarik---pertukaran pemain Xabi Alonso terus membuahkan hasil ketika Piero Hincapie hanya mengambil masa empat minit untuk mengikat pasukan pelawat 3-3.
Kemudian Wolfsburg menerima satu lagi tamparan apabila pemain gantian Yannick Gerhardt dihalau keluar padang selepas merempuh Jeremie Frimpong dari belakang lalu memijak buku lalinya.
Tiada belas kasihan, tuan rumah terus mendominasi perlawanan sebelum pemain gantian, Boniface tutup perlawanan dengan jaringan kemenangan.