Xabi Alonso menegaskan Bayer Leverkusen masih boleh mengekang Bayern Munich dalam Bundesliga selepas melakar kemenangan dramatik 4-3 ke atas Stuttgart, semalam.
Leverkusen tewas dalam tiga perlawanan terakhir malah ketinggalan 2-3 pada minit ke-88 sebelum gol sendiri Angelo Stiller mengimbangi permainan.
Patrik Schick kemudian menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94, sekali gus menyaksikan Leverkusen merapatkan jurang di puncak Bundesliga kepada enam mata memandangkan Bayern terikat 1-1 dengan Union Berlin.
“Kami mahu memberi tekanan sebanyak mungkin ke atas Bayern,” katanya.
"Kami tahu bahawa terdapat lapan lagi baki perlawanan dalam Bundesliga. Matlamat kami adalah untuk mencurahkan segala-galanya dalam setiap perlawanan Bundesliga. Selain itu, kami akan menghadapi perlawanan separuh akhir DFB-Pokal.
"Banyak yang boleh berlaku. Ia bukan di dalam kawalan kami tetapi adalah menjadi tugas kami adalah untuk memenangi perlawanan demi perlawanan.
"Kami akan melakukan perkara sendiri dan lihat apa yang akan dilakukan oleh Bayern Munich.
"Kami hanya mahu mengekalkan tekanan ke atas mereka hingga akhir."