Xabi Alonso menegaskan bahawa pertembungan getir Bayer Leverkusen dengan pendahulu Bundesliga, Bayern Munich, bukan penentu gelaran bagi musim ini.
Leverkusen, yang memenangi mahkota Bundesliga pertama mereka penggal lalu, mendapati diri mereka lapan mata di belakang barisan kendalian Vincent Kompany itu menjelang pertembungan di BayArena, awal pagi esok.
Sejak era tiga mata diperkenalkan dalam liga utama Jerman, tiada pasukan yang membuat jurang sebesar itu selepas 21 perlawanan, seterusnya memenangi kejuaraan.
Leverkusen, bagaimanapun, menikmati lima perlawanan tanpa kalah merentasi semua pertandingan bertemu Bayern apabila memenangi pertemuan terbaru mereka dalam pusingan 16 DFB-Pokal.
Alonso muncul pengurus pertama dalam sejarah Bundesliga yang belum tewas dalam lima perlawanan kompetitif pertamanya berdepan Bayern.
"Ia bukan muktamad, tidak," katanya dalam sidang akhbar.
"Kami akan melihat kedudukan selepas perlawanan ini tetapi ia bukan perlawanan akhir.
"Apabila menentang Bayern, kami memerlukan persembahan yang hampir sempurna untuk mencipta peluang.
"Bayern benar-benar dominan dalam kebanyakan perlawanan. Dalam Bundesliga mereka mempunyai penguasaan kolektif, kemudian kualiti individu ini menerusi Harry Kane, Jamal Musiala. Mereka merupakan pemain handalan."

The big pre-match stats! ✊#B04FCB pic.twitter.com/vSh2xXA6Ii
— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) February 14, 2025