Skip to main content

Bola Sepak

Bukayo Saka bantu Arsenal rangkul trofi di Singapura

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saka.jpg
Pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka, membantu Arsenal menewaskan AC Milan 1-0 dalam siri jelajah pramusim  mereka di Stadium Nasional, Singapura, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, aksi seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan dalam babak pertama perlawanan dengan saling membuat serangan ke kubu lawan masing-masing sehingga terikat tanpa jaringan dalam babak pertama.

Pada babak kedua, Bukayo Saka membuka menjaringkan gol tunggal pada minit ke-53 selepas menyempurnakan hantaran lintang Jakub Kiwior dengan keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat.

Dalam pada itu, Martin Zubimendi dan Christian Norgaard membuat penampilan pertama mereka untuk The Gunners manakala Samuele Ricci membuat penampilan pertamanya untuk Milan.

Selepas ini, skuad kendalian Mikel Arteta bakal menentang Newcastle dalam perlawanan pramusim seterusnya manakala skuad kendalian Massimiliano Allegri juga akan berdepan juara Liga Perdana Inggeris Liverpool di Anfield.

Advertisement

Must Watch Video