Bukan urusan orang lain jika saya merokok -- Penjaga gol Barcelona

Saufi Tahir
Oktober 11, 2024 09:38 MYT
Penjaga gawang berpengalaman, Wojciech Szczesny, menjelaskan dia tidak akan berhenti merokok walaupun telah kembali daripada persaraanya daripada kancah bola sepak untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.
Szczesny menjadi pilihan utama untuk menjaga gawang Barcelona selepas Marc-Ter Stegen mengalami kecederaan lutut serius ketika berdepan Villarreal bulan lalu dan perlu menjalani tempoh pemulihan yang panjang.
Mengenai isu merokok, dia berpendapat bahawa tindakannya itu adalah di luar padang serta bersifat peribadi yang tidak sepatutnya menarik minat pihak luar.

Happy Wednesday with Wojciech Szczęsny! ? pic.twitter.com/NPWBpNZT8a

— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ada perkara yang saya tidak ubah dalam kehidupan peribadi saya. Bukan urusan orang lain jika saya merokok. Saya percaya ia tidak menjejaskan apa yang saya lakukan di atas padang malah saya bekerja dua kali ganda lebih keras,"
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa tindakannya itu mempunyai batas yang perlu dia jaga sebagai seorang atlet.
"Saya tidak melakukannya di hadapan kanak-kanak kerana tidak mahu memberi pengaruh buruk kepada mereka.
"Jika seseorang berpandangan bahawa saya akan mengubah cara saya ini dalam kehidupan peribadi saya, mereka boleh berfikir kembali kerana saya tetap menjadi diri saya. Saya telah hidup seperti ini sepanjang hidup saya." katanya lagi.
#LaLiga #Wojciech Szczesny', Barcelona, 'Bola Sepak
;