Ketua pasukan Singapura, Safuwan Baharudin, tidak menafikan kekuatan Harimau Malaya sangat berbeza dan berada di tahap lebih baik berbanding pertemuan sebelum ini dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024.
Pertembungan terakhir menyaksikan The Lions mengikat Malaysia 0-0 untuk mara ke peringkat seterusnya dan skuad di bawah kendalian Pau Marti Vicente ketika itu tersingkir.
Dan, misi balas dendam berjaya dicapai skuad kebangsaan selepas jaringan Stuart Wilkin dan Joao Figueiredo memberi kemenangan kepada Malaysia dalam perlawanan persabahatan antarabangsa tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Pemain pinjaman dari Selangor itu mengakui kehadiran pemain warisan memberi impak berlainan kepada corak permainan, sekali gus menyukarkan pihak lawan mengatasi pemain negara.
Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bintang Lion City Sailors (LCS) itu turut berkongsi momen mesra bersama Faisal Halim sejurus tamat perlawanan.
"Pendapat saya, ini adalah pasukan terkuat Malaysia yang dimiliki ketika ini.
"Apa-apa pun, kami tidak perlu memikirkan tentang mereka (Malaysia) sangat kerana ia sekadar aksi persabahatan dan kami mencuba sehabis baik.
"Saya mendoakan yang terbaik buat dirinya.
"Ia bukanlah tentang kehidupan peribadinya, malah lebih kepada mengingati masa bersamanya ketika di Selangor.
"Saya sudah lama tidak bersua dengan mereka sejak keluar," katanya.

“I wish him very best”, Safuwan Baharudin share momen peluk Mickey lepas perlawanan. ????@ASTROARENA pic.twitter.com/EdF9sHwghJ
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 5, 2025