Skip to main content

Bola Sepak

Bukan sukar kendali Mbappe -- Pochettino

psg-coach-mauricio-pochettino-and-kylian-mbappe_uflhwxk28ljw1814o9my9d0ek.png
Mauricio Pochettino menegaskan Kylian Mbappe bukanlah pemain yang sukar untuk dibimbing dan percaya penyerang Paris Saint-Germain dan Perancis itu akan belajar untuk 'menguruskan dirinya' apabila dia semakin matang.

Pochettino meluangkan 18 bulan bekerja dengan Mbappe sebelum meninggalkan Parc des Princes Julai lalu, memimpin gergasi Paris itu merangkul gelaran Ligue 1 dan Coupe de France.

Bagaimanapun, kebanyakan masa Pochettino di PSG dicemari oleh laporan perpecahan antara pemain berprofil tinggi, manakala sesetengah pihak mendakwa kelab itu memberi pengaruh berlebihan kepada Mbappe ke atas strategi mereka apabila dia menolak perpindahan ke Real Madrid untuk menandatangani kontrak baru tiga tahun pada bulan Mei.

Ditanya sama ada menguruskan Mbappe mencabar, Pochettino memberitahu BBC: "Dia berusia 23 tahun dan sudah memenangi Piala Dunia, dia seorang bakat yang luar biasa.

“Masalahnya kadangkala anda perlu menguruskan diri sendiri kerana kita bercakap mengenai tiga teratas, lima pemain terbaik dunia.

“Bukan mudah untuk dia menguruskan diri sendiri kerana dia belum cukup matang, dia masih muda.

"Tetapi saya rasa dia sudah mula belajar. Kadang-kadang orang bercakap terlalu banyak, tetapi saya tidak memikirkannya."

Mbappe yang merupakan penyerang prolifik apabila menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 dalam aksi Piala Dunia Qatar ke atas Poland semalam dan mendahului perlumbaan untuk Kasut Emas dengan lima gol.



Mbappe merekodkan 60 sumbangan gol dalam 46 penampilan di bawah Pochettino musim lalu (39 gol, 21 bantuan) -- lebih banyak daripada pemain lain dalam lima liga teratas Eropah.

Advertisement

Must Watch Video