Pengalaman beraksi bersama kelab bola sepak, Gulf United II, dalam Liga Divisyen Dua Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi antara fasa penting dalam pembentukan karier Hikmotiar Zulhedi sebagai pemain profesional.
Perpindahannya ke kelab England, Fleetwood Town, pada musim 2022/2023 dalam kancah League One, secara tidak langsung membuka lembaran baru buatnya bersaing dalam liga amatur bola sepak Dubai dan liga expat di Asia Barat pada tahun ini.
Mengulas lanjut, pemain berusia 22 tahun itu mengakui cabaran paling besar pada awalnya ialah menyesuaikan diri dengan cuaca ekstrem dan kepelbagaian budaya dalam pasukan yang dibarisi pemain dari serata dunia.
"Jurulatih pernah berpesan bahawa pemain sejati boleh bertahan beraksi dalam sebarang cuaca.
"Bukan semua orang boleh tahan main dalam musim sejuk dan panas sebab iklim kita berbeza," katanya di Nadi Arena.
Hikmotiar turut menegaskan pengalamannya di luar negara akan menjadi bekalan berharga, andai diberi peluang untuk kembali mewakili kelab tempatan pada masa depan.
"Saya banyak tingkatkan stamina, taktikal, teknikal permain dan bahasa tubuh yang merupakan antara perkara asas penting dalam bola sepak,," katanya.