Skip to main content

Bola Sepak

Bukan Selangor! Negeri Sembilan destinasi terbaik Luqman Hakim?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luqman.jpg
Pemain KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin, semakin hampir pulang ke kancah Liga Malaysia selepas kontrak lima tahunnya bersama pasukan divisyen utama Belgium itu bakal berakhir Jun ini. 

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, khabar angin kepulangan pemain berusia 22 tahun itu menarik minat beberapa pasukan.

Tambahan pula, Negeri Sembilan dilihat sebagai destinasi terbaik Luqman bagi memiliki lebih banyak minit permainan berbanding penyumbangkan pengalamannya bersama kelab besar lain.


 
 
Terdahulu, dia menjelaskan: "Saya boleh katakan 90 peratus memang saya akan balik dan bermain di Liga Malaysia selepas ini, lagi 10 peratus itu boleh kata akan jadi 99 peratus.

"Saya dah lama di luar negara dan saya dah bersedia untuk balik dan mencari semula peluang untuk bermain dengan kelab-kelab Liga Malaysia.

"Saya tak kisah pasukan yang mana, asalkan tawaran itu sesuai dengan projek jangka panjang untuk saya di mana saya nak bermain lebih kerap dan dapat minit permainan.

"Saya tak kisah pasal duit, itu bukan soalnya. Tapi saya nak main dan terus kembangkan lagi karier bola sepak saya." memetik katanya kepada akhbar tempatan sebelum ini.
 

Advertisement

Must Watch Video