Skip to main content

Bola Sepak

Bukan mudah tundukkan PJ City -- Aidil Sharin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil-sharin-sahak.jpg
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak, enggan menjadikan kemenangan ke atas dua pasukan handalan Liga Super sebelum ini sebagai jaminan untuk menjinakkan Petaling Jaya City FC dalam perlawanan di Stadium Petaling Jaya malam ini.

Aidil Sharin, sebaliknya, menggesa anak buahnya untuk lebih berwaspada dalam memastikan skuad Lang Merah itu berupaya membawa pulang tiga mata,  sekaligus mencerahkan peluang mereka untuk menduduki tempat kedua musim ini.
 
Kedah merintis ranjau berliku dalam laluan ke garisan penamat liga apabila terpaksa mengharungi sembilan perlawanan dalam tempoh sebulan.

Bermula hambar dengan tewas 2-4 kepada Selangor FC sebaik meneruskan saingan, mereka bangkit mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Penang FC sebelum mengejutkan Terengganu FC 2-1 di tempat lawan Sabtu lalu.

Kejayaan menundukkan dua pencabar terdekat itu membuka peluang buat Kedah untuk melunaskan misi mempertahankan gelaran naib juara Liga Super.

Bagaimanapun, mereka perlu mengekalkan aksi konsisten dan tidak boleh keciciran mata bertemu PJ City ketika masalah kepenatan dan kecederaan sudah mula membelenggu.

"Bukan mudah untuk berdepan PJ City, semua orang tahu mereka telah berusaha keras," kata Aidil Sharin kepada Nadi Arena.

"Walaupun mereka tidak mempunyai pemain import, mereka ada perancangan yang baik dan anda perlu menghormati cara mereka bermain.

"Mereka sentiasa bekerja keras sepanjang 90 minit dan anda dapat lihat mereka hanya tewas 0-2 kepada pasukan terbaik seperti JDT (Johor Darul Ta'zim).

"Jadi, sudah pasti kami ada memikirkan sesuatu untuk menghadapi mereka dan melakukan yang terbaik untuk mencuba mendapatkan mata maksimum," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video