SERIE A
Buffon kembali ke Parma selepas 20 tahun
Gianluigi Buffon kembali menyertai Parma, sebuah kelab di mana dia memulakan karier seniornya 20 tahun lalu.
Penjaga gol veteran itu meninggalkan Juventus pada penghujung musim 2020-21 dan dikhabarkan menarik minat pasukan Liga Super Turki, Besiktas, selain Flamengo.
Bagaimanapun, legenda Itali itu memulih untuk kembali ke Stadio Ennio Tardini, sebuah tempat di mana dia berkembang selaku pemain remaja dan menghabiskan enam tahun dalam karier seniornya selepas melakukan penampilan pertama pada usia 17 tahun pada 1995 -- merekodkan perlawanan tanpa bolos ketika menentang AC Milan yang ketika itu dibarisi bintang besar seperti Roberto Baggio dan George Weah.
Iklan
Pada ketika itu, ketua jurulatih Parma, Roberto D'Aversa, masih berada dalam skuad remaja Rossoneri.
Parma mengumumkan kepulangan 'Superman" mereka menerusi satu kiriman video di Twitter yang menunjukkan Buffon menggali kapsul masa di salah satu tiang gol di padang mereka.
Buffon memenangi Coppa Italia, Supercoppa Italiana dan Piala Super UEFA 1998-99 bersama Parma sebelum meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Juventus pada 2001.He is back where he belongs.He is back home.#SupermanReturns ???@gianluigibuffon @Kyle_J_Krause @ParmaCalcio_en pic.twitter.com/bh2FO6P8YX— Parma Calcio 1913 (@1913parmacalcio) June 17, 2021
Dia juga pernah menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dalam musim 2018-19 dan memenangi kejuaraan Ligue 1 dan Trophee des Dhampions sebelum kembali ke Stadium Allianz dua tahun lalu.
Must-Watch Video