Skip to main content

Bola Sepak

Buat yang rindu, Mohamad Ghaddar bakal kembali ke Kota Bharu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ghaddar.jpg
Selepas mendatangkan Dickson Nwakaeme, skuad Kelantan Treble dilaporkan akan membawa seorang lagi penyerang legenda The Red Warriors, Mohamad Ghaddar.

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Ghaddar akan didatangkan khas untuk mewakili skuad Kelantan Treble menghadapi skuad Kedah Double Treble pada Jumaat ini.

Pasukan itu baru sahaja memenangi Piala Duo dengan menewaskan Ex Selangor 4-3, di mana Nwakaeme turut menyumbangkan satu gol dalam aksi padat penonton di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
 

Advertisement

Must Watch Video