Skip to main content

Bola Sepak

Bryan Mbeumo: Senjata baru serangan Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbeumo.jpg
Bryan Mbeumo dianggap antara pembelian paling penting Manchester United musim ini. 

Pemain antarabangsa Cameroon itu tiba dari Brentford selepas muncul sebagai salah seorang pemain handalan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu. 

Tidak mengambil masa lama untuk memberi impak, Mbeumo sudah mula menjaringkan gol, sekaligus membuktikan mengapa beliau menjadi salah satu sasaran utama kelab.

Daripada segi gaya permainan, Mbeumo sering dibandingkan dengan Mohamed Salah. Larian pantas dari sayap kanan, keupayaan memotong ke dalam, serta penyudah yang klinikal menjadikan beliau ancaman berterusan kepada pertahanan lawan. 

United sememangnya berdepan masalah ketara di bahagian serangan musim lepas dan kehadiran Mbeumo dilihat sebagai jawapan untuk memperkukuh posisi tersebut.

Kemasukan Mbeumo juga membawa sedikit perubahan kepada gaya permainan United. Dinamik baharu ini bukan sahaja menambah variasi serangan, tetapi turut membuka ruang lebih besar untuk penyerang lain seperti Benjamin Sesko dan Matheus Cunha menyumbang dengan lebih efektif.

Faktor paling utama ialah Mbeumo merupakan pemain yang sudah terbukti mampu bersaing dalam EPL. Dalam liga yang terkenal dengan intensiti tinggi dan tuntutan fizikal yang besar, tidak semua pemain mampu menyesuaikan diri dengan cepat. 

Namun, rekod konsisten Mbeumo menunjukkan beliau bukan sahaja pembelian besar, tetapi juga pelaburan yang mampu memberi perubahan signifikan dalam usaha Manchester United kembali bersaing di peringkat tertinggi.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video