Skip to main content

Bola Sepak

Bruno Suzuki peluk Islam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bruno-suzuki.jpg
PDRM FC mengumumkan pemain import mereka, Bruno Suzuki, memeluk agama Islam hari ini.

Perkara itu dikongsikan PDRM FC melalui laman Facebook mereka selepas Bruno mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid Pusat Latihan Polis (Pulapol).

"Saudara Baru Islam, Bruno Suzuki. Alhamdulillah dengan syukur ke hadrat ALLAH ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki, telah memeluk agama Islam.

"Beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid Pulapol Kuala Lumpur pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445.

"Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Allahuakbar," kata pasukan itu.

Penyerang berusia 30 tahun itu mengucap kalimah syahadah di hadapan Ustaz Arif M Rajoli dan disaksikan oleh Komandan Pulapol Kuala Lumpur (KL), Senior Asisten komisioner Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan AM) Pulapol KL, Superintenden Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.

Bruno merupakan antara pemain import yang lama berada di negara ini dan pernah beraksi bersama pasukan seperti Negeri Sembilan dan Terengganu.

Kredit: Sinar Harian


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video