LIGA SUPER MSIA

Bruno Suzuki minat terus perkasa Sang Saka Biru

Shaiful Shamsudin 26/12/2023 | 10:16 MYT
Penyerang import, Bruno Suzuki, meluahkan sudah selesa di PDRM FC, secara tidak langsung kekal menyarung jersi The Cops sekiranya ditawarkan kontrak lanjutan.
Penyerang berusia 33 tahun itu mengakui setakat ini belum ada sebarang perbincangan rasmi di antara dia dan pihak pengurusan, tetapi segala-galanya akan dimuktamadkan pada bulan depan.
Pemain dari Jepun itu sebelum ini tertarik dengan Liga Malaysia apabila sanggup meninggalkan Bangkok United dan menyertai semula Sang Sangka buat kali kedua.
Dalam masa sama, Datuk Yunus Alif yang dilantik Ogos lalu kekal akan mengemudi PDRM dalam Liga Super musim depan selepas membuktikan pelantikannya menerusi kejayaan Piala Cabaran MFL.
#Bruno Suzuki #PDRM FC #DemiLigaKita #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;