Skip to main content

Bola Sepak

Bruno Suzuki bakal jadi watak penting berdepan Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bruno.jpg
Menjelang aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok, prestasi cemerlang Bruno Suzuki terus ditagih PDRM FC untuk bangkit berdepan Terengganu FC selepas tewas dalam aksi berdepan Sabah baru-baru ini.

Melihat kepada kegagalan pemain memanfaatkan peluang mereka ketika berdepan Sabah, penolong jurulatih PDRM FC, Eddy Gapil menjelaskan beliau mungkin akan melakukan perubahan ke atas jentera serangan tetapi tidak menolak kemungkinan bakal kekalkan Bruno selepas prestasi yang cemerlang dalam dua perlawanan menentang Negeri Sembilan dan Sabah sebelum ini.

Menurutnya lagi, gandingan yang terbaik antara Bruno dengan Ifedayo atau Shahrel fikri atau Chidi Osuchukwu sedang dinilai dalam membuat percaturan menentang Terengganu kerana ini bukanlah satu perlawanan yang mudah.

Untuk rekod, anak buah Eddy Gapil berjaya mengikat Terengganu 1-1 dalam pertemuan terkahir mereka sebelum ini yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, jadi tidak mustahil untuk PDRM lakukan kejutan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video