Skip to main content

Bola Sepak

Bruno Suzuki ada pesanan kepada 'anak antoo' Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bruno-suzuki.jpg
Penyerang import baru Penang, Bruno Suzuki, teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga skuad Harimau Kumbang menjelang musim baru Liga Malaysia (Liga-M).

Jelas pemain berusia 35 tahun itu, antara faktor utama dia menyertai Penang adalah disebabkan oleh hubungannya bersama ketua jurulatih, Wan Rohaimi Wan Ismail, yang pernah membimbingnya ketika menyarung jersi PDRM pada musim 2021.

Bruno meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya mencetak 10 gol, sekali gus membantu pasukannya itu berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super musim depan.


"Penang sebuah pulau yang cantik dengan peminat yang hebat. 

 

"Saya mempunyai keyakinan terhadap barisan pemain ini. Kami mampu mencabar dalam kelompok lima terbaik. 

"Saya menyasarkan untuk mencetak lebih daripada 10 gol, namun tugas semakin mencabar kerana kehadiran pemain handalan yang menyukar usaha saya merebut tempat dalam kesebelasan utama," katanya. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video