EPL
Bruno Fernandes mahu MU ke UCL
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, berharap rakan sepasukannya akan bertungkus lumus untuk meraih kemenangan dan meningkatkan penguasaan bola ketika mereka sedang berusaha untuk mencuri satu slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL), musim hadapan.
Ini adalah musim yang perlu dilupakan segera oleh pengurus pasukan Erik Ten Hag, yang mengalami kekalahan berturut-turut sebelum ini dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum menewaskan Everton, sabtu lepas.
Dua jaringan melalui sepakan penalti sebelum ini yang membawa kepada kemenangan pasukannya jelas mendapat kritikan tetapi dia berharap pasukannya itu tidak mengendahkan suara yang tidak perlu dan memberikan fokus sepenuhnya pada perlawananan yang akan datang.
Iklan
— Manchester United (@ManUtd) March 10, 2024
"Jelas sekali bahawa kami tahu musim ini tidak begitu baik seperti yang kami mahukan, oleh itu kami mahu meningkatkan prestasi sehingga musim ini tamat.
"Dari aspek kedudukan dalam liga, kami mahu mencuba untuk mendapatkan tempat terbaik untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
"Kami tahu bahawa kami tidak hanya bergantung pada diri sendiri sahaja, tetapi kami perlu melakukan tugas kami dan menang dalam setiap baki perlawanan." katanya.
Must-Watch Video