REPUBLIK IRELAND 2 BELGIUM 2
Gol tandukan lewat permainan Alan Browne memastikan Republik Ireland mengikat Belgium 2-2 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Aviva awal pagi tadi.
Ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez, mengambil keputusan untuk tidak memilih pemain yang memiliki lebih daripada 50 penampilan antarabangsa, yang bermakna pemain seperti Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku, Eden Hazard, Dries Mertens, Yannick Carrasco dan Thibaut Courtois kesemuanya diketepikan.
Michy Batshuayi memanfaatkan kesempatan itu untuk menyerlah dengan jaringan pembukaannya pada awal permainan tetapi Chiedozie Ogbene kembali menyamakan kedudukan menerusi penyudah akrobatiknya sebelum ke bilik persalinan.
Hans Vanaken kemudian kembali meletakkan Belgium di depan pada minit ke-58 tetapi pemain gantian, Browne, menanduk masuk gol penyamaan buat Republik Ireland pada minit ke-85.
Belgium seterusnya akan melayani Burkina Faso dalam satu lagi aksi persahabatan awal pagi Rabu ini manakala Republik Ireland pula akan menentang Lithuania.