Skip to main content

Bola Sepak

Brescia pecat Corini selepas tewas kepada Verona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eugeniocorini.jpg
Brescia memecat pengurusnya, Eugenio Corini, selepas kelab Serie A itu kembali ke zon penyingkiran.

Kelalahan 1-2 kepada Hellas Verona awal pagi tadi menjadi perlawanan terakhir Corini bersama Brescia biarpun pasukan itu hanya kekurangan satu mata daripada zon selamat.

Brescia melantik bekas pemain tengah Juventus dan Napoli itu pada September tahun lalu selepas bergelut dalam saingan Serie B.

Corini, yang merupakan produk program remaja Brescia pada 1986, tanpa diduga membawa kelab itu layak ke saingan divisyen utama Itali musim lalu.

Bagaimanapun, tiga kekalahan berturut-turut daripada enam perlawanan tanpa sebarang kemenangan mendorong Brescia untuk memecat jurulatih berusia 49 tahun itu.

Advertisement

Must Watch Video