Skip to main content

Bola Sepak

Brentford beri pengajaran berguna buat Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shade.jpg
Kevin Schade menjaringkan dua gol ketika Brentford meningkatkan harapan untuk beraksi di pentas Eropah selepas berjaya menahan asakan di penghujung permainan untuk menang 4-3 ke atas Manchester United.

Yoane Wissa turut menemui sasaran buat skuad kendalian Thomas Frank yang kini merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut, namun mereka diberikan tempoh sukar di penghujung permainan di Gtech Community Stadium.

Gol pembukaan Mason Mount pada minit ke-14 dinafikan oleh rakan sepasukan, Luke Shaw yang menjaringkan gol sendiri, sebelum Schade membenarkan tuan rumah mendahului permainan pada minit ke-33.

Pemain kelahiran Jerman itu meledak gol kedua buat dirinya -- yang ke-10 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) -- pada minit ke-70, sebelum Wissa menjadikan kedudukan 4-1 tiga minit berikutnya.

Alejandro Garnacho meledak gol jarak jauh pada minit ke-82 sebelum Amad Diallo memberikan harapan buat United bangkit dalam masa kecederaan namun ia sekadar bersifat saguhati buat pelawt.

The Bees melonjak ke tangga ke-10 -- lima kedudukan lebih baik berbanding skuad pimpinan Ruben Amorim, yang kekal di tangga ke-15.
 

 

Advertisement

Must Watch Video