Skip to main content

Bola Sepak

Brendan Gan sedih dipandang sepi Selangor FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brendan-gan.jpg
Bekas pemain Selangor FC, Brendan Gan, mengakui masih sayangkan skuad Gergasi Merah di sebalik keputusan pasukan itu yang tidak menyambung kontraknya untuk saingan musim depan.

Menurut Brendan, dia kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberikan ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.

"Kehidupan dalam bola sepak sukar diramal, penuh pengorbanan dan banyak turun naik. Tetapi, ia menakjubkan, menggembirakan, mencabar dan penuh peluang.

"Beberapa bulan kebelakangan ini telah memberi saya masa untuk merenung perjalanan bersama Selangor dan musim kejayaan yang telah kami lalui.

"Pada penghujung musim, saya berharap untuk berpeluang membincangkan masa depan saya di Selangor dan meneruskan kejayaan pada 2024.

"Malangnya, pengurusan Selangor tidak menawarkan saya peluang untuk berbincang atau berunding untuk kekal di kelab itu," katanya dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, Selangor mengumumkan bekas kaptennya itu itu tidak akan lagi bersama pasukan selepas tiga tahun menyarung jersi Gergasi Merah.

Bagaimanapun, Brendan tetap menganggap satu penghormatan untuk memimpin pasukan itu di dalam dan di luar padang dan melakukannya dengan setiap titik darah, peluh dan air mata.

Malah, pemain kacukan Australia-Malaysia itu juga melihat ke hadapan untuk cabaran baharu bersama pasukan berbeza.

"Terima kasih kepada semua rakan sepasukan dan saya doakan yang terbaik untuk masa depan anda. Kakitangan di belakang, kakitangan kejurulatihan yang mendorong pasukan untuk berada pada tahap terbaik dan pasukan media.





"Terima kasih kepada semua penyokong Red Giant yang setia, anda sangat mengagumkan sepanjang masa saya di kelab dan saya harap anda sentiasa kekal positif dalam masa sukar dan kejayaan untuk membantu pasukan sebagai pemain ke-12 mereka.

"Saya doakan Selangor lebih berjaya di masa hadapan dan terus berkembang ke arah matlamat mereka," katanya. -- Sinar Harian 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video