Bekas kapten Selangor, Brendan Gan, berhasrat untuk kekal beraksi dalam kancah Liga Malaysia, namun segala tawaran yang diterima masih belum dapat ditamatkan dengan kontrak baru bagi musim 2024/25.

Apapun, fokusnya ketika ini adalah untuk memberikan aksi terbaik buat skuad kebangsaan menjelang pertemuan dengan Oman bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat pada 13 Mac ini.



"Buat masa ini, saya masih belum muktamadkan keputusan ke mana saya akan pergi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.

"Ketika ini saya hanya menumpukan kepada pasukan kebangsaan dan harap-harap segalanya akan berjalan dengan baik dan saya boleh melihat bagaimana masa depan saya tidak lama lagi.

"Sudah pasti sukar buat semua pemain untuk kembali ke kem kebangsaan memandangkan ia waktu rehat musim buat kebanyakan pemain dan saya fikir ada beberapa pemain yang baru mula berlatih dalam tempoh seminggu atau dua minggu ini," katanya.