Skip to main content

Bola Sepak

Bremer berperang dengan masa untuk ke Piala Dunia bersama Brazil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bremer_.jpg
Juventus mengesahkan bahawa pertahannya, Bremer, mengalami kecederaan paha dan mungkin terpaksa berehat selama tiga minggu.

Bremer, yang menyertai Juve daripada Torino musim ini, telah memulakan kesemua 10 perlawanan Bianconeri dalam Serie A setakat ini.

Pemain berusia 25 tahun itu melakukan penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan Brazil pada September lalu, di mana dia bermain selama 44 minit sebagai pemain gantian ketika menewaskan Ghana 3-0 dalam satu aksi persahabatan.

Bagaimanapun, dia kini perlu segera cergas seandainya mahu menyertai skuad bimbingan Tite itu ke Piala Dunia Qatar bulan depan.
 
Juve mengesahkan bahawa Bremer -- yang dikeluarkan pada minit ke-52 ketika menewaskan bekas pasukannya, Torino, hujung minggu lalu -- mengalami "kecederaan tahap rendah di hamstring paha kiri".

Bremer dijangka akan berehat 10 hari dan akan terlepas perlawanan menentang Empoli, Benfica, Lecce, Paris Saint-Germain dan Inter Milan sepanjang tempoh itu.

Dia kemudian perlu segera mendapatkan rentak menentang Verona dan Lazio sebelum saingan Piala Dunia membuka tirai pada 20 November ini.
 

Advertisement

Must Watch Video