Brazil masih belum menamakan pengganti tetap bagi Tite yang tidak melanjutkan kontraknya selepas terkandas dalam suku akhir Piala Dunia di Qatar dan kekosongan itu mungkin akan diisi pada pertengahan tahun ini.
Ancelotti masih mempunyai kontrak dengan Real Madrid hingga musim 2023-24, tetapi pengurus kelahiran Itali tersebut telah digembar-gemburkan untuk membimbing gergasi Amerika Selatan itu, lebih-lebih lagi anak buahnya sendiri antara mereka yang memperkatakan kemungkinan tersebut.
Rodrigues mengakui Acelotti merupakan calon kegemaran dalam kalangan penyokong dan pemain sambil mengakui dia adalah sasaran utama konfederasi.
"Ancelotti sebulat suara dihormati dalam kalangan pemain. Bukan sahaja Ronaldo Nazario mahupun Vinicius Jr, malah semua yang pernah bermain untuknya," katanya kepada Reuters.
? @MrAncelotti #RMCity pic.twitter.com/pZRsZ6xONY
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) March 25, 2023
"Saya sangat mengagumi kejujurannya dalam soal kerjayanya yang penuh gemilang. Dia tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia adalah jurulatih terbaik yang mempunyai beberapa pencapaian dan kami berharap dia mampu mencapai lebih banyak lagi.
"Ancelotti bukan sahaja kegemaran pemain bahkan peminat juga. Di setiap pelosok Brazil yang saya kunjungi, di setiap stadium, dia adalah nama pertama yang ditanya penyokong kepada saya.
"Mereka bercakap tentang dia dengan penuh kasih sayang sebagai satu pengiktirafan terhadap contoh tugas yang telah dilakukannya sepanjang kerjayanya.
"Kami perlu tunggu masa yang sesuai dan kita akan lihat sama ada kami boleh merealisasikannya dalam pencarian kami melantik jurulatih baru bagi pasukan kebangsaan Brazil."