PIALA DUNIA
Brazil dibaling pisang ketika belasah Tunisia
BRAZIL 5 TUNISIA 1
Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) kecewa perbuatan berbaur perkauman dan sikap prejudis terus berlarutan .
Skuad Samba itu menjadi perhatian di Eropah gara-gara mempertahankan tarian Vinicius Junior ketika meraikan jaringannya sambil legenda Piala Dunia, Pele, menganggap ia sebagai salah satu budaya dalam kalangan mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Justeru, barisan anak buah Tite itu bergambar dengan sepanduk anti-perkauman sebelum sepak mula dalam kemenangan dalam perlawanan persahabatan 5-1 ke atas Tunisia di Paris, awal pagi tadi.
Mesej berbunyi; 'Tanpa pemain kulit hitam kami, kami tidak akan mempunyai bintang di jersi kami'.
Bagaimanapun, bintang Tottenham, Richarlison menjadi mangsa ejekan apabila pisang dibaling ke arahnya ketika memastikan Brazil kembali menerajui perlawanan selepas Montassar Talbi memadam gol Raphinha yang menyaksikan Tunisia menamatkan permainan dengan 10 orang.