Skip to main content

Bola Sepak

Boys of Straits kibar 10 tifo istimewa rai sedekad dominasi JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bos.jpg
Kumpulan penyokong Boys of Straits (BOS) bakal mengibarkan 10 tifo sempena aksi terakhir Liga Super 2023 yang menemukan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri esok. 

Menurut jurucakapnya, Farween Johar, 35, kesemua tifo berkenaan akan dipamerkan di sepanjang perlawanan berlangsung sebagai simbolik kejayaan skuad Harimau Selatan itu muncul juara Liga Super selama sedekad berturut-turut.

“Kami akan ‘naikkan’ 10 tifo ini pada perlawanan terakhir liga musim ini dan buat masa ini kami tak boleh dedahkan apakah tifo-tifo tersebut...tunggulah sehinga hari perlawanan.

“Dalam masa sama, kami juga berdepan cabaran untuk menaikkan kesemua 10 tifo berkenaan di sepanjang perlawanan nanti.

“Bagaimanapun, kami akan cuba sebaik mungkin bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul kelak dan seterusnya memastikan kesemua tifo dapat dinaikkan,” katanya hari ini. 

Tambah Farween, aksi terakhir Liga Super musim ini juga bakal menyaksikan kehadiran terbesar BOS ke Stadum Sultan Ibrahim dengan anggaran seramai 5,000 komrad.




Katanya, sebanyak 80 bas dari seluruh daerah juga sudah mengesahkan kehadiran bagi membawa kesemua komrad BOS pada aksi terakhir Liga Super musim ini.

Sementara itu Farween berkata, sebelum perlawanan bermula, seramai 4,000 ahli BOS akan berarak di sekitar pekarangan Stadium Sultan Ibrahim bagi menyatakan sokongan kepada JDT.






Katanya, perarakan berkenaan juga dilihat sebagai antara perarakan terbesar BOS, khususnya di Stadium Sultan Ibrahim.

“Perarakan ini juga sebagai simbolik kepada meraikan kejayaan pasukan JDT merangkul ‘double quadruple’ (quadruple berganda) dengan mengekalkan empat trofi yang dimenangi musim lalu melibatkan Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

“Semoga kejayaan ini berterusan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video