EPL
Bournemouth sambar Justin Kluivert daripada Roma
Bournemouth menandatangani pemain sayap, Justin Kluivert, daripada kelab Itali, Roma, dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Pemain berusia 24 tahun itu, yang pernah beraksi dua kali bersama Belanda pada 2018 bersetuju dengan “kontrak jangka panjang” di Stadium Vitality.
Dia menjadi pemain pertama dipancing kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sejak pelantikan pengurus, Andoni Iraola, berikutan pemecatan Gary O'Neil.
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cherries, Neill Blake, berkata dalam satu kenyataan: “Kami gembira kerana menjadikan Justin sebagai pemain pertama kami menjelang musim baharu.
“Dia menjadi idaman beberapa kelab di seluruh Eropah dan kehadiran menjadi petanda bahawa cita-citanya yang sepadan dengan kami.
“Justin merupakan penyerang menarik dan serba boleh yang mampu menghidu peluang gol.
"Dia pantas, lincah dan mempunyai tahap keupayaan teknikal yang tinggi.”
Must-Watch Video