Sentuhan pertama Peter Bosz bersama Borussia Dortmund bermula dengan langkah sumbang apabila gergasi Bundesliga itu tumbang 3-2 dalam aksi sulung pra-musim mereka kepada pasukan divisyen keempat, Rot-Weiss Essen.
Pierre-Emerick Aubameyang turut diletakkan dalam kesebelasan utama dan meledak gol biarpun masa depannya hangat dikaitkan dengan perpindahan manakala Mario Gotze tidak tersenarai kerana masih menjalani pemulihan bagi masalah gangguan metabolisme.
Gawang Dortmund dibolosi sejurus tiga minit permainan dilangsungkan apabila membenarkan Benjamin Baier masuk dari bahagian kiri sebelum melepaskan rembatan melepasi Roman Burki.
Aubameyang kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-30 apabila penyerang itu menolak masuk percubaan awal Andre Schurrle yang ditampan Omer Toprak.
Baier kembali meletakkan tuan rumah di hadapan, lima minit menuju waktu rehat dengan rembatan dari jarak 20 ela.
Bosz kemudian membuat 11 pertukaran dan pasukannya semakin ketinggalan apabila dihukum Marcel Platzek yang menyambut sepakan percuma Kevin Grund.
Dortmund pantas mengurangkan defisit gol menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Grund dan Ousmane Dembele dengan tenang meletakkan bola ke dalam gawang.
Christian Pulisic dan Alexander Isak hampir menyamakan kedudukan, namun gagal mengelak aksi sulung Bosz bersama Dortmund berakhir dengan kekalahan.