BORUSSIA DORTMUND 2 BAYERN MUNICH 2
(Bayern menang penentuan sepakan penalti 5-4)
Pengurus Borussia Dortmund, Peter Bosz, menyifatkan kegagalan pasukannya mempertahankan dua gol menyaksikan Bayern Munich meraih kemenangan dalam saingan Piala Super DFL.
Christian Pulisic mengambil kesempatan di atas kelekaan Bayern untuk membuka jaringan pada minit ke-12 di Signal Iduna Park tetapi Bayern bangkit lima minit kemudian menerusi jaringan Robert Lewandowski.
Pierre-Emerick Aubameyang melakukan penyudah dengan penuh bergaya selepas menemui hantaran Ousmane Dembele 19 minit sebelum perlawanan tamat tetapi Bayern sekali lagi menerima tuah apabila penjaga gol, Roman Burki, menjaringkan gol sendiri dan perlawanan harus diputuskan melalui penentuan sepakan penalti.
Burki menidakkan sepakan Joshua Kimmich dalam penentuan tersebut tetapi Sven Ulreich memastikan kemenangan milik The Bavarians selepas menepis percubaan daripada Sebastian Rode dan Marc Bartra untuk memastikan mereka menjulang trofi pertama musim ini.
"Saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Dua minit sebelum permainan tamat, kami seharusnya memenangi perlawanan ini tetapi gagal melakukannya," kata Bosz.
"Kami mendahului perlawanan tiga kali, termasuk dalam penentuan sepakan penalti. Saya agak kecewa dengan keputusan ini.
"Sebagai jurulatih, saya tidak boleh berpuas hati dengan kekalahan. Daripada gol pertama, kami memberikan tekanan kepada Bayern dan ia telah memberikan hasil kepada kami. Kemudian Bayern mempertingkatkan permainan mereka, menghasilkan lebih banyak peluang.
Mario Gotze tidak beraksi dalam perlawanan ini selepas hanya kembali beraksi dalam saingan pra-musim apabila berehat selama lima bulan kerana mengalami gangguan metabolik.
Bosz mengesahkan penyerang Jerman itu masih belum bersedia untuk beraksi dan mereka perlu bersabar menantikan Gotze untuk kembali mencari sentuhan terbaiknya.
"Kami perlu berhati-hati dengannya. Dia telah berehat selama lima bulan. Kami perlu memberikan masa kepadanya untuk mencari sentuhannya semula."