Skip to main content

Bola Sepak

Bosan tanpa bola sepak, pemain warisan negara keluar daripada persaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khair-jones.jpg
Bosan tanpa bola sepak menjadi sebab utama bekas pemain kebangsaan, Khair Jones, memilih untuk keluar daripada persaraan sejak pertengahan musim lalu, ditambah dengan desakan rakan-rakan yang masih melihatnya mampu menyumbangkan aksi terbaik.

Pemain berdarah Malaysia-New Zealand itu menyahut cabaran untuk bersaing dalam Liga A1 Semipro bersama UM-Damansara United musim ini.

Dengan kelebihannya selaku bekas pemain kebangsaan, Jones berharap mampu membantu pasukan berkenaan, yang majoritinya dibarisi pemain muda dari Malaysian Universiti.

Untuk rekod, kali terakhir Jones bersama kem latihan skuad kebangsaan adalah ketika era Kim Pan-gon, tetapi masalah kecederaan berlarutan yang dialaminya memaksanya akur tidak dapat merebut tempat dalam skuad utama.

"Sebenarnya saya memilih untuk bersara tahun lalu, jadi saya tidak bermain sepanjang enam bulan pertama (musim lalu)," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Tidak lama selepas itu, saya memilih untuk bermain bersama Bunga Raya dan rakan-rakan berkata saya masih boleh beraksi baik dan tidak terlalu tua.

"Agak bosan tidak bermain bola sepak dan amat baik untuk dapat kembali beraksi.

"Sudah pasti jika dibandingkan dengan Liga Super, ia agak rendah tetapi saya rasa tahun ini akan menjadi lebih mencabar (dalam Liga A1).

"Kami memiliki pasukan yang muda tahun ini dan kebanyakan mereka daripada pasukan Malaysian Universiti tahun lalu.

"Harap-harap pengalaman saya dapat membantu pasukan dan dapat menjadi contoh yang baik buat pemain muda ini," katanya.

Jones pernah beraksi sebanyak empat kali buat Harimau Malaya dan menjaringkan satu gol dalam penampilan pertamanya pada 2016.

 

Advertisement

Must Watch Video