Skip to main content

Bola Sepak

Bola sepak wanita: 16 pasukan bakal berentap di Liga Puteri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liga-puteri.jpg
Sebanyak 16 pasukan bawah-16 tahun, bakal bersaing dalam Pusingan Kelayakan Liga Puteri 2025, yang dijadual berlangsung pada 17- 24 Mei 2025 di Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.

Liga Puteri 2025 merupakan usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memperkasakan bola sepak wanita di peringkat akar umbi.

Majlis undian telah disempurnakan oleh Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dato' Suraya Yaacob.

Bagi edisi kali ini, pusingan kelayakan ini akan menjadi platform penting untuk mengenal pasti pasukan yang akan melangkah ke dua divisyen utama Liga Puteri 2025 iaitu Divisyen Elit dan Divisyen 1.

Advertisement

Must Watch Video