BOLA SEPAK MSIA
Bola Sepak: Usah ghairah cipta spekulasi pemain warisan
Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, peminat perlu membiarkan pengurusan Harimau Malaya melakukan kerja mereka di sebalik tindakan spekulasi meneka nama pemain yang tidak membantu langsung proses tersebut antaranya penyerang berusia 26 tahun, Ferdy Druijf yang kini beraksi bersama SK Rapid Vienna di mana kontraknya tamat pada 1 Julai ini.
Spekulasi timbul mengenai calon pemain warisan selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend mengumumkan seorang pemain warisan dari Belanda sedang dalam peringkat akhir untuk mendapatkan pasport Malaysia.
Sebelum ini beberapa nama pemain warisan muncul menerusi spekulasi yang dicipta sehingga ada yang 'menyerang' laman media sosial pemain tersebut.
Iklan
Namun, akhirnya pemain itu menafikan mempunyai pertalian darah sehingga akhirnya ia sedikit sebanyak memalukan negara.
“Seharusnya kita tidak terlalu beria-ria terhadap perkara yang belum pasti dan mencipta spekulasi. Biarlah pihak yang berwajib mengelolakan Harimau Malaya ini membuat kenyataan".
“Tak payah dengar khabar angin sehingga ada yang menyerang media sosial pemain-pemain warisan tersebut minta untuk datang ke Malaysia".
“Ia bukan satu tindakan yang bagus, terutama sekiranya perkara tersebut tidak betul sehingga boleh memberikan imej buruk kepada negara,” katanya.
Kredit : Sinar Harian
Must-Watch Video