BOLA SEPAK

Bola Sepak Universiti Asia: Taktikal berbeza bantu Malaysia seri berdepan Korea

Saufi Tahir 05/06/2024 | 12:13 MYT
Skuad Malaysia Universiti melakar kejutan apabila berjaya mengikat naib juara edisi lalu, Korea Selatan tanpa jaringan dalam aksi ketiga Kumpulan A, saingan Kejohanan Bolasepak Universiti Asia 2024.
Perlawanan babak pertama yang berlangsung perlahan dengan menyaksikan penguasaan bola lebih tertumpu di kawasan tengah padang.
Bersambung separuh masa kedua, MUFT yang lebih banyak bertahan hadir menerusi beberapa serangan balas pantas, namun dikecewakan dengan ketumpulan barisan penyudah serta keampuhan benteng pertahanan Korea Selatan yang tenang mengawal kubu mereka.
Tiada sebarang jaringan terhasil sehingga tamat 90 minit perlawanan sekaligus kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan 1 mata.
Keputusan seri ini menyaksikan skuad kendalian Ridzuan Abu Shah bakal membuat perhitungan bagi penentuan tempat ke-5, sementara Korean University berjaya mara ke final bertemu juara bertahan, Jepun.
"Hari ini disiplin yang ditunjukkan pasukan Malaysia paling berkesan memandangkan selama ini kita tidak pernah melakar keputusan seri berdepan Korea dalam edisi yang lain.
"Satu kerugian kerana tektikal yang kita terapkan ini tidak akan membuahkan banyak peluang, hanya dua dan tiga sahaja.
"Saya berpuas hati dengan kebangkitan pemain dan persefahaman, kita tidak berakhir di sini." katanya.
#bola sepak #Kejohanan Bola Sepak Universiti Asia
;